Monday, 28 January 2013

cerita teladan

Si Jujur Dan Si Tamak Pada suatu hari, terdapat seorang pemuda yang jujur bernama Hamid. Hamid seorang yang miskin manakala abangnya yang bernama Dollah kaya raya dan merupakan orang paling tamak. Nak dijadikan cerita, Hamid ini pun telah pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Entah macam mana kapak yang dibawa bersama terjatuh ke dalam sungai. Tiba tiba muncul pari pari sambil memegang 3 buah kapak iaitu kapak emas, kapak perak dan kapak besi. Lalu Si Pari Pari ini pun tanya pada Hamid. Yang manakah satukah kapak kamu? Tanya Si Pari Pari itu. Lalu Hamid ini pun jawablah. Yang itu.Katanya sambil jarinya menunding kearah kapak besi. Kemudian Si Pari Pari itu pun berkata. Disebabkan kamu telah jujur, maka saya hadiahkan kapak emas ini kepada kamu. Kata Si Pari Pari lalu menghulurkan kapak emas kepada Hamid. Hamid pun ambil kapak tersebut dan tiba tiba pari pari tadi hilang. Hamid yang terlalu gembira terus pulang ke rumah sehingga lupa hajatnya yang sebenar iaitu ingin mencari kayu api. Keesokkan harinya Dollah telah datang ke rumah Hamid kerana mendapat berita yang mengatakan Hamid mempunyai kapak emas. Dollah yang masuk tidak memberi salam terus menanyakan pada Hamid dimana dia dapat kapak emas itu. Hamid pun ceritakanlah kisah sebenar kepada Dollah. Habis sahaja penerangan daripada Hamid, Dollah terus pulang ke rumah untuk mengambil kapak lalu menuju ke sungai yang telah diceritakan oleh Hamid. Sampai sahaja di sungai tersebut, Dollah terus membaling kapak besinya ke dalam sungai. Namun setelah hamir tiga jam menunggu, pari pari msih tetap tidak muncul. Akhirnya Dollah pun pulang ke rumah dengan tangan kosong. Dollah sangat kesal kerana sikap tamaknya yang amat meinginkan kapak emas tidak berhasil. TAMAT Untuk pengetahuan kepada semua.. Pari pari tersebut sebenarnya telah mati kerana kapak yang dibaling oleh Dollah telah terkena badannya. Moral daripada cerita ini: Jangan bersikap tamak..

No comments:

Post a Comment